Cari @ Amanz

Setelah mengeluarkan senarai topik terhangat sepanjang tahun 2011 yang dibincangkan di Twitter, kini pihak Twitter turut sama telah mengeluarkan senarai berkenaan dengan Tweet yang meningkat naik dan di Tweet dengan jumlah yang amat tinggi dalam tempoh yang sesaat. Mendahului carta tersebut adalah Tweet berkaitan dengan MTV Video Music Awards yang memperlihatkan sebanyak 8868 Tweet dihantar dalam tempoh sesaat.

Selain daripada itu, sekiranya dilihat dari segi topik yang ada kaitan mengenai berita teknologi, kelihatan dua berita berkenaan dengan Steve Jobs dikongsi, iaitu persaraan Steve Jobs yang melihat lebih 7064 tweet dihantar sesaat, diikuti oleh kematian Steve Jobs dengan sejumlah 6049 tweet dihantar sesaat oleh para pengguna seluruh dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd