Platform Generasi Seterusnya Daripada RIM Dikenali Sebagai BlackBerry 10

Platform Generasi Seterusnya Daripada RIM Dikenali Sebagai BlackBerry 10

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Hari ini, acara BlackBerry DevCon 2011 telah pun diadakan di Singapura, dimana melaluinya beberapa perkara menarik dikongsikan oleh Research In Motion bersama-sama dengan pihak media dan juga pembangun. Salah satu perkara yang dikongsikan adalah berkenaan dengan sistem generasi akan datang daripada RIM, iaitu BlackBerry 10.


Kamera oleh @PiyaChattt

Menurut RIM sendiri, mereka akan menjenamakan sistem operasi generasi baru mereka sebagai BlackBerry 10, sekaligus melangkah dua versi, iaitu angka 8 dan juga 9. Melaluinya, mereka memfokuskan kepada beberapa perkara, dimana selain dioptimasikan untuk pengguna perkomputeran awan, BlackBerry 10 juga turut sama memfokuskan pada HTML5 padanya. Sistem operasi ini juga bakal mengabungkan tablet dan telefon pintar bersama-sama.


Kamera oleh Justin Lee.


Kamera oleh @PiyaChattt

Pada masa yang sama, Research In Motion turut sama berkongsi akan yang mana melalui BlackBerry 7.1 kelak, mereka akan menyertakan sokongan API NFC, membolehkan para pembangun mengambil peluang untuk menggunakan sokongan NFC pada beberapa peranti mereka bersama-sama dengan aplikasi masing-masing.

Beberapa perkara berkaitan dengan pembangun juga diumumkan oleh Research In Motion, dimana kini Blackberry Developer Zone dikenali sebagai BlackBerry Jam. Pembangun kini boleh memuat-turun SDK dengan mudah tanpa sebarang pendaftaran dan kad kredit. Pada masa yang sama, pengubahan dari aplikasi Android kepada aplikasi BlackBerry juga dipermudahkan lagi oleh RIM. Beberapa komponen turut dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka di GitHub.

Bercakap mengenai statistik, lebih daripada 165 juta BlackBerry telah terjual, dengan mempunyai lebih 50 juta pengguna BBM aktif seluruh dunia, dan juga lebih 1 billion muat-turun melalui AppWorld. Dari segi kepopularan peranti tersebut, BlackBerry masih merupakan peranti pintar nombor satu di Thailand, Indonesia dan juga Filipina.


TIPS & ULASAN