BlackBerry App World 3.1 Diumumkan Oleh Research In Motion

BlackBerry App World 3.1 Diumumkan Oleh Research In Motion

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Selain daripada pengumuman berkaitan dengan BlackBerry 10, pihak Research In Motion juga turut sama berkongsi akan beberapa perkara mengenai aplikasi pada BlackBerry dan turut sama memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh BlackBerry AppWorld 3.1 kelak tidak lama lagi. Salah satu fungsi baru padanya kelak adalah sokongan untuk meminta rakan membelikan aplikasi sebagai hadiah untuk kita.


Kamera oleh @PiyaChattt

Ia juga bakal kelak membawakan sokongan pembayaran bil melalui syarikat telekomunikasi masing-masing, sokongan WiFi pada AppWorld, dan beberapa saluran baru padanya.


Kamera oleh Justin Lee.

Berkongsi beberapa perkara lain adalah dimana Research In Motion berkongsi akan perkara mengenai tanggapan yang salah oleh para pembangun dan pengguna BlackBerry berkaitan dengan platform aplikasi mereka.


Kamera oleh Justin Lee.


Kamera oleh Justin Lee.

Populariti BlackBerry juga dijangka akan terus meningkat popular dalam tahun-tahun akan datang sekitar pengguna Asia Pasifik ini. Bercakap mengenai BlackBerry Messenger pula, RIM berkongsi data mengatakan kini terdapat lebih daripada 50 juta pengguna aktif seluruh dunia, yang menggunakannya sebagai salah satu cara bersosial.


Kamera oleh Justin Lee.


TIPS & ULASAN