Cari @ Amanz

Peminat Nokia Di Singapura Telah Beratur Awal Untuk Nokia Lumia

Link Copied!

Majlis pelancaran telefon-telefon pintar Nokia Lumia di Singapura akan diadakan pada pukul 7 petang ini waktu Singapura tetapi kelihatan sudah ramai peminat-peminat Nokia yang telah pun menghadirkan diri untuk menjadi antara 100 orang yang pertama di Singapura memiliki Nokia Lumia. Mereka beratur lebihkurang 8 jam lebih awal!

Nokia bekerjasama dengan Microsoft untuk mempromosikan telefon pintar Nokia Lumia di Singapura secara besar-besaran. Seramai 100 orang pembeli pertama Nokia Lumia 800 pada hari ini di tempat yang disediakan, akan mendapat Xbox 360 dengan Kinect bernilal $568 Dolar Singapura (lebihkurang RM1390) dan berpeluang untuk turut serta sebagai VIP (orang penting) dalam majlis pelancaran yang akan diadakan disebelah petang.

Sekiranya anda berada di Singapura pada ketika ini, jangan lupa hadirkan diri ke “Read Bridge, Clarke Quay” dan saksikan kemeriahan majlis ini.

Lebih banyak foto dan kemaskini boleh dilihat di Laman Facebook Nokia Developers (SGMY EDX).

Ditulis oleh Asri al-Baker, pembangun aplikasi tempatan yang turut menulis di i-Symbian yang menghadiri pelancaran Nokia Lumia di Singapura. Para pengguna yang mempunyai persoalan mengenai Nokia Lumia boleh ajukan melalui Twitter di @asrialbaker.

Laporan awal oleh TheIdealMobile


Komen ()