Windows 8 Beta Pada Penghujung Februari – Windows Store Diperlihatkan

Windows 8 Beta Pada Penghujung Februari – Windows Store Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Salah satu perkara baru yang diintegrasikan bersama pada Windows 8 adalah Windows Store, dan kini Microsoft sendiri telah memperlihatkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi tersebut melalui sebuah demo ringkas, selain turut bercakap mengenai peluang luas yang dimiliki oleh pembangun melalui platform mereka itu.

Seperti semua sedia maklum, Windows merupakan salah satu platform terkemuka, digunakan oleh ratusan juta pengguna seluruh dunia dalam penggunaan setiap hari. Dan melaluinya, pembangun boleh mencapai kepada lebih 400 juta pengguna dengan mudah.

Windows Store juga kelak akan dilancarkan dalam pelbagai pilihan bahasa, dan dijangka turut sama akan dilancarkan dalam pilihan bahasa Malaysia. Ini sekaligus akan memberikan impak yang lebih meluas lagi untuk penyampaian aplikasi di seluruh dunia.

Pada masa yang sama, pihak Microsoft turut mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan sokongan Windows Store ini bersama-sama dengan Windows 8 Beta yang bakal diperkenalkan pada penghujung Februari kelak.


TIPS & ULASAN