Setelah Bing, Twitter dan Google mengeluarkan carian terhangat mereka untuk tahun 2011, kini Facebook turut sama mengeluarkan data daripada laman mereka berkaitan dengan perkara paling popular di laman sosial yang paling dikunjungi ramai itu. Walaubagaimanapun, data yang diperlihatkan adalah data global, dan bukannya yang dikhaskan untuk pengguna Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Google Malaysia.
10 Topik Terhangat Global Di Facebook
Selain daripada itu, sebelum ini, Facebook turut telah mengeluarkan data berkaitan apakah yang popular dan dikongsikan ramai melalui platform mereka. Disamping itu, Facebook juga mendapati, antara perkara atau meme yang meningkat naik popular pada 2011 adalah berkenaan dengan Planking, LMS (Like My Status), TBH (To Be Honest) dan juga berkaitan Skrillex.
Facebook turut menyediakan data penuh melalui sebuah aplikasi ringkas, memperlihatkan artis, muzik, filem dan sebagainya yang popular dikalangan pengguna Facebook. Namun, data berkaitan pengguna Malaysia tidak dikeluarkan oleh pihak Facebook buat masa ini.
Terima kasih @Omar