Symbian Anna baru-baru ini telah diperkenalkan untuk kebanyakkan peranti Nokia sebelum ini, dan sementara pengguna masih menantikan kemaskini Symbian Belle pada peranti mereka, kini beberapa antaramuka awal mula kelihatan, memberikan idea yang mana Symbian generasi akan datang akan kelihatan seperti MeeGo Harmattan yang terdapat pada Nokia N9.
Antara perubahan yang tampak berbeza adalah termasuk antaramuka butang, dialog notifikasi, menu dan beberapa perubahan lagi. Ia boleh dikatakan pembangunannya masih lagi pada peringkat awal, dan berkemungkinan versi akhirnya kelak lebih jauh berbeza daripada apa yang diperlihatkan.
Dan pada masa yang sama juga, pembangunan dan kemaskini ini memperlihatkan Nokia masih lagi komited dengan platform Symbian ini, walaupun sebelum ini ramai pengguna mula memperkatakan pelbagai perkara mengenainya.