Cari @ Amanz

Catcha Media merupakan salah satu syarikat internet yang popular pada beberapa tahun dahulu, sebelum mula tenggelam. Namun tahun ini nama Catcha mula naik kembali, dimana mereka telah mulakan promosi DealMates dengan lebih meluas lagi, selain turut mendapat pelaburan daripada pihak The Star, dan terkini, mereka terus memperluaskan jenama mereka, dengan mengambil-alih 50% pegangan pada laman Carlist.my.

Untuk makluman, Carlist.my merupakan salah satu portal kereta, menjadi salah satu direktori kereta tempatan menyenaraikan pelbagai jenis kereta pada laman mereka. Ia dikatakan terdapat sejumlah lebih daripada 43 ribu kereta disenaraikan pada laman mereka.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak, namun ada yang membuat spekulasi mengatakan yang mana Carlist.my kini bernilai lebih kurang RM10 juta, dan pengambil-alihan sebanyak 50% pegangan membuatkan Carlist.my menerima sebanyak RM5 juta dana untuk meneruskan operasi mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd