Evernote Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru – Food Dan Hello

Evernote Memperkenalkan Dua Aplikasi Baru – Food Dan Hello

Diterbitkan pada Dis 7, 2011 oleh .

Baru-baru ini, Evernote telah memperkenalkan sokongan bahasa Malaysia pada aplikasi mereka, dan kini mereka terus memperluaskan tawaran aplikasi mereka, dimana hari ini mereka melancarkan dua aplikasi baru dibawah jenama mereka, iaitu Evernote Food dan juga Evernote Hello, sekaligus memperlihatkan bagaimana lagi para pengguna boleh menggunakan aplikasi tawaran mereka.

Melalui Evernote Food, ia ditujukan khas untuk para peminat makanan, dimana anda boleh mendokumenkan semua makanan, minuman, restoran dan sebagainya dengan mudah melalui aplikasi tersebut. Para pengguna hanya perlu merakamkan gambar menggunakan kamera pada peranti mudah-alih mereka, dan menambah teks, sebelum menyimpannya, ataupun berkongsi dengan yang lain.

Selain Evernote Food, mereka turut sama memperkenalkan Evernote Hello, yang mana bagi kami merupakan salah satu aplikasi menarik, dimana ia membolehkan anda menyimpan maklumat mengenai rakan-rakan anda, seperti nama, nombor telefon, dan gambar. Selain daripada itu, anda juga boleh menambah dimana anda berjumpa dengan mereka kali terakhir, sekaligus membolehkan anda mengingati semua rakan-rakan baru dengan mudah dan senang.

Walaubagaimanapun, kedua-dua aplikasi ini hanya diperkenalkan untuk pengguna iPhone sahaja, dan mungkin akan diperkenalkan untuk pengguna yang lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN