Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga

Facebook Bakal Memperkenalkan Butang Subscribe Untuk Digunakan Pada Laman Ketiga

Diterbitkan pada Dis 8, 2011 oleh .

Pada masa sekarang ini, hampir kebanyakkan web dan blog di internet ini mempunyai butang Facebook padanya, terutamanya, kotak Facebook Pages, selain butang Facebook Like dan Send. Namun, mungkin kelak kita turut sama akan dapat melihat butang baru, iaitu butang Facebook Subscribe, membolehkan fungsi baru yang diperkenalkan pada Facebook itu diperluaskan lagi penggunaannya.

Buat masa ini, fungsi langganan profil diperkenalkan hanya pada laman Facebook sahaja, membolehkan anda melanggan kepada pengguna-pengguna di Facebook tanpa perlu menambah mereka sebagai rakan, dan mengikuti semua kemaskini mereka yang dilabelkan sebagai umum.

Dengan pengenalan butang ini kelak, ia akan membolehkan pengguna mengintegrasikan butang Subscribe pada laman blog atau halaman peribadi mereka, sama seperti butang Twitter Follow. Ia bukannya menyediakan sokongan langganan RSS, sebaliknya masih menyediakan sokongan mengikuti seseorang pengguna melalui Facebook, yang mana berguna bagi mereka yang tidak mempunyai halaman Facebook Pages tersendiri – iaitu sesuai untuk penulis, wartawan dan penulis blog, sekaligus memudahkan peminat tulisan mereka mengikuti mereka di Facebook.

Namun, mungkinkah kelak pada masa hadapan Facebook turut mengintegrasikan sokongan langganan RSS pada laman mereka dan bersaing bersama Google Reader?


TIPS & ULASAN