Instagram Untuk Pengguna Android Kini Dalam Proses Pembangunan

Instagram Untuk Pengguna Android Kini Dalam Proses Pembangunan

Diterbitkan pada Dis 8, 2011 oleh .

Instagram merupakan salah satu aplikasi iOS yang berjaya, memfokuskan sepenuhnya kepada perkongsian gambar dimana para pengguna boleh menambah beberapa efek tambahan pada gambar mereka sebelum ia dikongsikan bersama-sama dengan yang lain, dan kini pada pembangun Instagram sekali lagi mengatakan yang mana versi Android kini dalam pembangunan.

Menurut pihak Instagram, kini terdapat dua orang pembangun dibawah mereka yang sedang membangunkan aplikasi Android untuk Instagram. Sebelum ini, pihak Instagram telah mengatakan perkara yang sama, dan tidak terdapat sebarang kemaskini berkaitan dengan platform Android sehinggalah hari ini.

Sekiranya ia kelak dilancarkan untuk para pengguna Android, semestinya ia bakal mendapat pengguna yang berkali-ganda menggunakan platform mereka, dan mengandakan angka pengguna yang telah melangkaui 50 juta orang sekarang ini.


TIPS & ULASAN