Akta Badan Perkomputeran Professional 2011 Bakal Dibentangkan Tidak Lama Lagi?

Akta Badan Perkomputeran Professional 2011 Bakal Dibentangkan Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada Dis 8, 2011 oleh .

Salah satu topik hangat yang dibincangkan pada forum-forum IT tempatan sepanjang minggu ini adalah berkaitan dengan akta baru yang bakal diperkenalkan, sekaligus memperkenalkan badan perkomputeran professional di Malaysia, berkemungkinan sama seperti badan perakaunan, badan kehakiman, persatuan doktor-doktor, dan yang lain-lain, sekaligus memberikan impak besar kepada dunia ICT tempatan.

Apa yang dibimbangkan oleh ramai pekerja sektor IT adalah berkenaan apakah yang bakal dibentangkan kelak. Adakah selepas ini setiap pekerja IT memerlukan sijil daripada sesuatu institusi sebelum membolehkan mereka bekerja disesuatu sektor, sekaligus menjadikan mereka-mereka dengan kepakaran rangkaian, sekuriti, sistem sumber terbuka dan sebagainya, yang diantaranya lepasan sekolah menengah, dan mungkin tidak mengambil subjek khusus IT terjejas? Ia masih lagi tidak diketahui sepenuhnya berkaitan perkara ini buat masa ini.

Untuk membincangkan perkara ini, sebuah hari terbuka bakal diadakan pada hari Selasa akan datang, iaitu pada 13 Disember di Putrajaya, membolehkan mereka-mereka di industri ini berbincang bersama untuk apa yang bakal dibawakan oleh akta dan badan ini kelak. Sebuah halaman khas untuknya juga telah disediakan, namun masih lagi belum diaktifkan buat masa ini.

Tips awal daripada WebCampKL dan juga Miki.


TIPS & ULASAN