Masalah sekuriti dan keselamatan web akhir-akhir ini timbul dengan banyak sekali, dan hari ini, ia kelihatan salah satu subdomain pada laman Kor Ordnans Diraja, iaitu Email.Kod.Mil.MY telah pun digodam, dan pengodam hanya sekadar mengantikan halaman padanya dan meninggalkan mesej pada halaman tersebut.
Ia tidak diketahui dari manakah asal-usul pengodam tersebut, dan mungkin godaman dilakukan sekadar untuk memperlihatkan ilmu godaman milik pengodam tersebut. Sehingga kini (ketika artikel ini ditulis), laman tersebut masih belum kembali pulih seperti biasa lagi.