Dua Pakej UniFi Baru Diperkenalkan Untuk Perniagaan Pada Harga Lebih Murah

Dua Pakej UniFi Baru Diperkenalkan Untuk Perniagaan Pada Harga Lebih Murah

Diterbitkan pada Dis 8, 2011 oleh .

Jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Telekom Malaysia, iaitu UniFi semestinya merupakan salah satu perkhidmatan yang berkembang luas dengan pantas di Malaysia, dan dalam menawarkan variasi kepada pakej sedia ada, kini TM menawarkan dua pakej baru yang lebih murah untuk para pengguna perniagaan.

Melalui pakej baru yang ditawarkan, Telekom Malaysia menawarkan BIZ20 untuk perniagaan pada harga RM359, dan juga BIZ10 pada harga RM289. Apa yang berbeza dengan pakej sedia ada yang ditawarkan dengan nama yang sama adalah, had panggilan percuma dikurangkan menjadi kepada RM50 (berbanding RM100 sebelumnya), selain mana tidak menawarkan perkhidmatan e-Storage, lesen Online Guard dan juga lesen iSheild. Selain daripada itu, pakej ini masih membawakan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang sama.

Jadi, bagi perniagaan yang hanya inginkan internet yang laju, mungkin mereka boleh menggunakan pakej baru ini, sekaligus menjimatkan perbelanjaan mereka dalam kos internet pada syarikat.


TIPS & ULASAN