Carian
Laman Diskaun.my Menyertai Arena Platform Jual-Beli Sosial Di Malaysia
December 8, 2011 Aman

Seperti semua sedia maklum, akhir-akhir ini, laman-laman seperti Mudah.my, iaitu Beli.la, Laku.my dan beberapa lagi menyertai industri internet tempatan dengan menyediakan platform untuk para pengguna berjual-beli dengan mudah dan percuma, sekaligus menyediakan kemudahan kepada para penjual dan pembeli bertemu. Dan kini, Diskaun.my turut menyertai mereka dalam menyediakan perkhidmatan yang serupa.

Melalui Diskaun.my yang dilancarkan, ia menawarkan perkhidmatan yang sama, dimana rekabentuk laman tersebut apabila dilihat secara kasar, menyerupai rekabentuk laman Google yang baru. Menariknya mengenai Diskaun.my ialah dimana ia dilancarkan bersama-sama dengan beberapa produk yang telah pun sedia disenaraikan, sekaligus membolehkan para pembeli yang berminat melayari laman tersebut mencari produk yang mereka minati.

Namun, bagi pemilihan nama, mungkin ia kurang strategik berbanding yang lain, dimana pada pertama kali kami mendengarnya, kami fikir akan yang mana Diskaun.my ini merupakan salah satu laman yang menawarkan diskaun pembelian harian seperti Groupon, Living Social dan yang lain, namun apabila melawatinya, ia jauh berbeza dengan fikiran kami.

Walaubagaimanapun, dengan penyertaan lebih banyak laman jual-beli sosial ini, ia sekaligus memberikan idea yang mana dunia perniagaan melalui internet di Malaysia kini sedang bergiat dengan pesat, dan semestinya tahun 2012 menyediakan salah satu perkara menarik untuk komuniti di Malaysia.

Komen