Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, semalam Facebook telah pun mengeluarkan data berkaitan dengan halaman Facebook Pages yang meningkat naik dan menjadi paling popular di dalam Facebook. Dan menariknya, salah satu produk tempatan, iaitu Upin dan Ipin merupakan salah satu yang tersenarai, dimana menduduki tangga kelima dalam senarai watak fiksyen paling popular di Facebook.

Untuk makluman, buat masa ini, Upin dan Ipin mempunyai lebih daripada 5.4 juta peminat mereka di Facebook Pages, sekaligus merupakan salah satu halaman Facebook yang popular dikalangan pengguna Facebook di nusantara ini, terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

Mungkin kelak pada tahun 2012 nanti, kita akan dapat melihat lebih banyak jenama tempatan memasuki senarai tersebut. Tahniah diucapkan untuk Les Copaque untuk pencapaian ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd