Selepas lama tidak mendengar kemaskini mengenai Twitter, hari ini, mereka memperkenalkan Twitter yang baru, menjadikan laman sosial yang digunakan ramai itu semakin menarik, sekaligus memudahkan anda mengikuti rakan-rakan lain, serta topik-topik baru dengan mudah. Antaramuka laman yang baru juga membawakan perubahan yang drastik berbanding versi sebelum ini, dimana beberapa bahagian baru diperkenalkan padanya.
Tab Utama – Home
Melalui tab ini, para pengguna boleh mengikuti semua Tweet daripada rakan-rakan dan juga seseorang yang diikuti oleh pengguna tersebut. Gambar dan video juga diintegrasikan bersama, membolehkan anda melihatnya terus pada timeline tanpa masalah, dan bukannya dibuka dibahagian tepi seperti sebelumnya, tetapi dibuka terus dibawah sesuatu Tweet itu.
Mention Digantikan Dengan @Connect
Tab yang sebelum ini dilihatkan dengan nama pengguna, kini digantikan dengan @Connect, yang mana lebih sesuai lagi, memandangkan ia memperlihatkan semua aktiviti, termasuk sebutan oleh pengguna lain, dan anda turut boleh lihat siapa yang ikuti anda, siapa ReTweet anda, dan sebagainya.
Discover – Temui Pelbagai Perkara Menarik
Twitter semestinya merupakan salah satu platform menarik yang membolehkan anda menemui pelbagai kandungan baru dengan mudah. Melalui tab baru ini, ia menjadikan perkara tersebut lebih mudah, dimana ia memperlihatkan pelbagai informasi dan Tweet berdasarkan kepada minat dan aktiviti anda.
Gunakannya Hari Ini
Twitter membolehkan mereka yang ingin mengujinya memuat-turun aplikasi terkini untuk iOS dan Android, dan mengaktifkannya dari sana untuk menggunakan antaramuka baru pada desktop anda. Namun, percubaan kami buat masa ini seperti gagal, berkemungkinan kerana ramai pengguna sedang memuat-turunnya.