Akhirnya, kini Celcom telah pun memulakan pra-pendaftaran untuk iPhone 4S, dimana mereka merancang sama seperti Maxis untuk memulakan aktiviti promosi sekitar pukul 9 malam pada 16 Disember kelak, dan jualan dimulakan pada tepat pada pukul 12 tengah malam. Harga dan pakej jualan masih belum diumumkan lagi.
Jikalau Maxis mengadakan acara mereka di KL Convention Center, Celcom pula mengadakannya di La Bodega, Bangsar Shopping Centre. Namun apa yang mengejutkan adalah mengenai data yang diperlihatkan mengenai penjualan pada laman mereka. Adakah acara tersebut akan dimulakan pada 15 Disember, 9 Malam, ataupun pada 16 Disember 9 Malam. Sekiranya yang kedua, maka ia akan memperlihatkan Celcom melancarkannya lewat sehari berbanding Maxis yang melancarkannya pada 12.00 tengah malam 16 Disember kelak.
Pada hari tersebut juga, beberapa aktiviti bakal diadakan oleh mereka, termasuk menawarkan pelbagai jenis hadiah, termasuk hadiah berupa iPhone 4S, iPod Shuffle, headphone daripada Apple, kandungan percuma, termasuk barangan daripada Celcom.
Kini, hanya tinggal DiGi sahaja yang masih mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan pelancaran mereka pada minggu hadapan kelak.
Tips awal daripada Ahmad Fuad.