Setelah dilaporkan pada awal minggu ini berkaitan dengan butang khas untuk Subscribe daripada Facebook untuk digunakan pada laman web, kini Facebook secara rasminya telah pun memperkenalkan perkara tersebut, membolehkan mereka yang mempunyai laman blog tersendiri, ataupun yang mana merupakan penulis ataupun wartawan, mengintegrasikan butang tersebut di laman-laman yang berkaitan dengan mereka.
Melalui butang tersebut, ia kelak akan membolehkan semua melanggan kepada kemaskini seseorang itu pada Facebook, dan seterusnya diperlihatkan pada News Feed. Hendaklah diambil perhatian, hanya kemaskini yang dilakukan di Facebook sahaja akan diperlihatkan, dan bukannya kemaskini pada web ataupun blog.
Namun begitu, apabila berlakunya sebarang perkara utama, ataupun mempunyai berita hangat, semestinya seseorang penulis, wartawan ataupun sesiapa sahaja berkongsi mengenai perkara ini pada laman sosial mereka termasuk Facebook, dan ia akan membolehkan anda mengetahui sesuatu berita itu dengan mudah dan pantas.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengintegrasikan sokongan Facebook Subscribe ini pada laman anda, dengan mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh Facebook.