Sebelum ini, kita dapat lihat E-Sentral menawarkan buku-buku digital melalui aplikasi mereka, dimana mereka sendiri telah bekerjasama bersama-sama beberapa penerbit, termasuk PTS dalam merealisasikannya. Dan kini, MPH turut sama mengikut jejak langkah menyertai dunia digital melalui perkhidmatan terbaru mereka, dinamakan sebagai MPH Digital.
Namun begitu, MPH Digital tidak menawarkan sebarang aplikasi, sebaliknya menawarkan buku-buku dalam bentuk digital, iaitu dalam format ePub. Mereka lebih memfokuskan kepada ebook, dimana selain menjual melalui platform mereka, MPH turut menyediakan perkhidmatan untuk mengubah sesuatu buku menjadi format ebook.
Dari segi bayaran dan harga yang ditetapkan pula, MPH menetapkan harga jualan versi digital lebih murah sebanyak 30% berbanding dengan versi cetakan. Dan bagi yang tidak mempunyai versi fizikal, harga jualan ditetapkan antara USD1.99 hingga USD$4.99.
Dengan penyertaan MPHDigital dan juga E-Sentral, semestinya kita akan dapat melihat tahun 2012 yang lebih memfokuskan kepada penerbitan digital kelak.