Beberapa Pengguna Tempatan Mula Menerima Fungsi Facebook Timeline

Beberapa Pengguna Tempatan Mula Menerima Fungsi Facebook Timeline

Diterbitkan pada Dis 9, 2011 oleh .

Awal minggu ini, Facebook telah mula memperkenalkan fungsi Facebook Timeline mereka kepada pengguna New Zealand, dan hari ini, beberapa pengguna tempatan mula mengatakan mereka turut sama telah mendapat fungsi tersebut, sekaligus memberikan idea yang mana kini para pengguna tempatan turut akan mendapat fungsi tersebut secara berperingkat.

Melaluinya, ia dikatakan Facebook Timeline diperkenalkan secara automatik kepada mereka, tanpa mempunyai sebarang butang untuk nyah-aktifkan fungsi tersebut, seperti pada fungsi Subscribe.

Melalui Facebook Timeline, ia membolehkan profil kita dilihat dengan mudah, daripada kita lahir sehingga ke masa sekarang ini, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu identiti digital kita dan boleh dikongsi bersama yang lain.

Jadi adakah anda turut sama telah mula mendapatnya, dan adakah anda meminati fungsi tersebut?

Terima kasih @kertasgraf.


TIPS & ULASAN