Cari @ Amanz

Lanjutan daripada perkara berkaitan dengan draft Akta Badan Perkomputeran Professional 2011, kini bantahan mengenainya bukan sahaja dinyatakan melalui laman sosial dan juga blog, tetapi para pekerja di sektor IT turut sama bersatu dalam menandatangani petisyen di laman Change. Sehingga artikel ini ditulis, lebih daripada 120 orang telah menyatakan bantahan melalui laman tersebut.

Melalui apa yang dilihat, melalui halaman tersebut, lebih 1000 tandatangangan disasarkan untuk dikumpulkan bersama, sebagai tanda bantahan untuk perkara ini, yang mana akan memberikan impak kepada sektor ICT negara.

Selain daripada melalui laman tersebut, MentariWorks turut sama membangunkan sebuah aplikasi khas pada laman mereka, namun ia seperti masih belum aktif digunakan lagi buat masa ini.

Jadi, sekiranya anda turut sama membantah perkara ini, maka anda boleh nyatakan bantahan melalui halaman khas di laman Change.org hari ini. Dan untuk mendapat maklumat dan info lebih mendalam berkaitan dengan perkara ini, anda boleh sertai hari terbuka yang bakal diadakan pada hari Selasa kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd