Celcom Bakal Menawarkan iPhone 4S Pada Harga Serendah RM558?

Celcom Bakal Menawarkan iPhone 4S Pada Harga Serendah RM558?

Diterbitkan pada Dis 9, 2011 oleh .

Dengan semua menantikan pelancaran iPhone 4S di Malaysia bersama-sama pakej yang bakal diperkenalkan, kini MalaysianWireless, menjadi yang pertama mengeluarkan maklumat mengenainya, dimana ia dilaporkan, Celcom bakal menawarkan iPhone 4S pada harga serendah RM558 bersama-sama dengan kontrak selama 24 bulan bersama pakej mereka.

Melalui apa yang dilaporkan, ia diperkatakan yang mana Celcom bakal menawarkan iPhone 4S bersama-sama dengan pakej Celcom Exec i248 dengan kontrak selama 24 bulan. Pada masa yang sama, Celcom turut sama dijangka akan memberikan harga diskaun untuk pembelian terhadap beberapa pembeli terawal.

Celcom sebelum ini, pada awal pagi ini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk membeli iPhone 4S melalui mereka, selain turut mengeluarkan maklumat mengenai dimanakah acara pelancaran mereka akan diadakan, iaitu di Bangsar, dan akan mulakan jualan tepat pukul 12 tengah malam.


TIPS & ULASAN