Cari @ Amanz

Apple masih lagi memegang takhta dalam dunia tablet, dan kini bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet daripada Apple tersebut mungkin boleh nantikan sehingga Februari, apabila salah satu penganalisa mengatakan yang mana iPad generasi akan datang bakal dilancarkan kepada umum pada bulan Februari kelak. Ia turut dikatakan turut akan membawakan skrin beresolusi lebih dua kali ganda berbanding sedia iPad sedia ada.

iPad generasi baru itu juga dijangka akan membawakan cip pemprosesan empat-teras yang baru, bersama-sama dengan memori yang digandakan, serta turut memberikan perhatian pada bahagian grafik pada tablet tersebut. Beberapa laporan turut mengatakan yang mana iPad baru ini kelak akan menjadi sedikit tebal berbanding sedia ada.

Sebelum ini, pada tahun ini, Apple telah melancarkan iPad 2 pada bulan Mac, dan kemungkinan ia dilancarkan awal sebulan adalah tidak mustahil, apatah lagi dengan lebih banyak tablet baru muncul dari hari ke hari dengan spesifikasi lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd