Dengan tahun 2011 yang semakin menghampiri penghujungnya, kini satu demi satu laporan dikeluarkan, dan Yahoo! telah pun mengeluarkan Yahoo! Net Index Survey 2011 memperlihatkan beberapa data menarik berkaitan dunia peranti mudah-alih dan juga Internet mudah-alih dikalangan para pengguna tempatan.
Jikalau sebelum ini, Nokia merupakan jenama terkemuka tempatan, melalui laporan baru yang dikeluarkan ini, Sony Ericsson dilihat sebagai jenama yang memegang pasaran tempatan, dengan lebih 39% pegangan pasaran, dan diikuti oleh Nokia pada 26%. Blackberry dan juga Apple memegang enam peratus pegangan pasaran masing-masing.
Dan dari segi penggunaan internet bulanan, ia dilaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan secara purata sebanyak RM46 sebulan untuk internet mudah-alih, dan kebanyakkan pengguna baru adalah dikalangan mereka yang berumur diantara 15 hingga 25 tahun.
Antara aktiviti yang menjadi minat rakyat Malaysia melalui peranti mudah-alih mereka adalah termasuk menghantar dan menerima emel, mengakses laman sosial, memuat-turun nada dering, dan juga permesejan pantas.
Dikalangan penyedia perkhidmatan telefon pintar di Malaysia, DiGi memegang sebanyak 47% pegangan pasaran, diikuti oleh Maxis sebanyak 32% dan juga Celcom pada hanya sekitar 8%.