Bayar Deposit RM200 Hari Ini, Dan Dapatkan iPhone 4S Daripada Celcom Pada 16 Disember

Bayar Deposit RM200 Hari Ini, Dan Dapatkan iPhone 4S Daripada Celcom Pada 16 Disember

Diterbitkan pada Dis 10, 2011 oleh .

Nampaknya dengan tarikh pelancaran iPhone 4S yang semakin hampir, lebih banyak perkara mengenainya diketahui, dan kini, Celcom telah pun mula mengiklankan dimana para pengguna boleh mendapatkan iPhone 4S mereka dengan hanya membayar deposit sebanyak RM200 sahaja, dan boleh terus mendapatkan peranti mereka pada 16 Disember kelak.

Perkara ini semestinya akan menjadikan lebih ramai yang ingin mendapatkan peranti tersebut lebih gembira, dan tidak sabar mendapatkannya. Untuk mendapatkan peranti tersebut melalui promosi ini, para pengguna hanya perlu ke salah satu lokasi yang menyertainya (boleh semak lokasi dilaman rasmi Celcom), dan seterusnya membayar deposti sebanyak RM200.

Kemudian, pada hari pelancaran tersebut, iaitu pada 16 Disember, para pengguna hanya perlu membawa resit pembayaran deposit tersebut, dan boleh mendapatkan peranti iPhone 4S terus pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN