Cari @ Amanz

Semalam, Twitter telah pun memperkenalkan secara rasminya rekabentuk halaman yang serba baru, yang mana membawa pelbagai perubahan bersama-sama dengannya. Dan hari ini, mereka turut sama memperlihatkan rekabentuk profil khas untuk organisasi dan juga jenama dalam menggunakan Twitter.

Sebelum ini, beberapa laman sosial yang lain, seperti Facebook dan Twitter mempunyai fungsi seumpamanya, dan kini Twitter turut sama bakal memperkenalkannya tidak lama lagi, sekaligus membolehkan pemilik jenama dan organisasi lebih memfokuskan kepada penjenamaan mereka.

Fungsi penuh yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengannya mungkin akan diumumkan oleh Twitter tidak lama lagi, dan sementara itu, untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, mungkin anda boleh rujuk pada halaman khasnya pada Twitter Fly.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd