Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas

Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas

Diterbitkan pada Dis 10, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia maklum yang mana Faces, platform khas untuk para pekerja bebas telah pun dilancarkan dalam bentuk beta tertutup. Dan kini, beberapa perubahan kelihatan pada laman tersebut, membolehkan para pengguna mendaftar masuk menggunakan akaun Facebook, Twitter ataupun GitHub. Selain daripada itu, perubahan pada dashboard juga bakal diperkenalkan oleh mereka tidak lama lagi.

Melalui apa yang dihantar oleh salah seorang pembangun Faces.my hari ini, ia memperlihatkan perubahan drastik pada bahagian Dashboard, membolehkan para pengguna mengakses pelbagai bahagian dengan pantas, tidak seperti sebelum ini yang kelihatan tersembunyi sedikit.

Selain daripada itu, ia juga kelihatan beberapa perkara baru ditambah, termasuk bahagian testimonial dan juga bahagian khas memperlihatkan siapa yang menggalakkan seseorang itu dipilih. Ia sekaligus serba sebanyak akan membolehkan seseorang itu diiktiraf, selain mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka akan memilih tanpa sebarang rasa bimbang.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah perkara ini akan diperkenalkan, berkemungkinan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN