Adakah Ini Pakej iPhone 4S Daripada Celcom?

Adakah Ini Pakej iPhone 4S Daripada Celcom?

Diterbitkan pada Dis 10, 2011 oleh .

Semalam, ia telah diketahui yang mana Celcom sudah mula menerima pendaftaran iPhone 4S dimana para pengguna boleh mendaftar pada cawangan Celcom seluruh negara, dengan membayar RM200, dan seterusnya mendapatkan peranti mereka pada hari pelancarannya kelak daripad cawangan yang sama. Dan hari ini, lebih maklumat dikongsikan, dimana pakej Celcom diperlihatkan oleh salah seorang ahli forum di Lowyat.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia diperkatakan 100 pembeli pertama yang mengesahkan untuk membeli iPhone 4S, akan ditawarkan dengan pakej beli satu percuma satu, dan 800 pengguna seterusnya akan ditawarkan dengan pakej khas yang lebih murah berbanding pengguna-pengguna lain.


Pakej Untuk Beli Satu Percuma Satu Untuk 100 Pembeli Pertama (Kredit : dars86 / Lowyat)


Pakej Untuk 800 Pembeli Berikutnya (Kredit : dars86 / Lowyat)

Melalui apa yang diperlihatkan Celcom menawarkannya pada harga serendah RM268 untuk iPhone 4S 16GB dengan pakej iPlan248.

Dan menurut sumber tersebut, pakej ini khas untuk pelanggan tetap Celcom (yang telah menggunakan perkhidmatan mereka selama lebih 2 tahun dengan komitmen bulanan sebanyak RM150 dan keatas). Pakej untuk pengguna biasa dianggarkan berbeza dengan tambahan sebanyak sehingga RM200.

Buat masa ini, perkara ini masih tidak disahkan oleh pihak Celcom.

Terima kasih Irzan.


TIPS & ULASAN