Google Memperkenalkan Schemer – Dapatkan Jemputan Hari Ini Di Amanz

Google Memperkenalkan Schemer – Dapatkan Jemputan Hari Ini Di Amanz

Diterbitkan pada Dis 10, 2011 oleh .

Google sering bereksperimen dengan pelbagai perkara, dan hari ini, salah satu perkhidmatan baru mereka diperkenalkan, dinamakan sebagai Schemer. Melalui Google Schemer yang masih dalam peringkat pendaftaran melalui jemputan ini, ia membolehkan para pengguna mencari pelbagai perkara menarik untuk dibuat dan dikongsikan bersama-sama dengan rakan yang lain.

Melaluinya, anda boleh berkongsi minat bersama yang lain, dan membuat perkara-perkara menarik pada masa terluang anda, sekaligus menjadikan dunia sosial anda lebih menarik dan produktif. Melalui penggunaan kami untuk beberapa minit, ia memperlihatkan melalui Schemer, selain daripada bertemu dengan rakan-rakan baru, anda juga dapat melihat beberapa idea yang gila dan kreatif, termasuk membangunkan sesuatu aplikasi dalam beberapa jam, sehinggalah kepada cabaran tidur tanpa henti selama beberapa jam.

Dan khas untuk pembaca Amanz, kami mempunyai beberapa jemputan untuk anda gunakan hari ini, dan pada masa yang sama, untuk meramaikan lagi pengguna tempatan pada Schemer, kami berharap anda dapat menjemput rakan Amanz yang lain melalui kotak komen dibawah, sepertimana kita sama-sama jayakan ketika Google Music tempoh hari.

Jadi, tinggalkan komen dikotak bawah, dan kami akan hantarkan jemputan kepada anda untuk dicuba serta merta. Dan untuk makluman, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan akaun Google+.

Terima kasih untuk Syafiq Zaimi untuk info awal dan jemputan.


TIPS & ULASAN