Cari @ Amanz

Selain daripada tablet yang bakal dimulakan jualan pada pertengahan Disember ini, HP Malaysia juga turut sama mengesahkan yang mana mereka bakal membawa masuk HP Folio 13 dan juga HP Envy 15 di pasaran Malaysia, dan mula akan jualan pada pertengahan bulan Disember ini. Tarikh pasti masih tidak diketahui buat masa ini.

Untuk makluman, HP Folio 13 merupakan ultrabook daripada HP, yang mana membawakan rekabentuk yang nipis, dengan masa bertahan bateri sehingga 9 jam. Di Malaysia, harga sasaran yang diberikan oleh HP Malaysia adalah sekitar RM3,299.

Selain daripada ultrabook, HP juga turut sama membawakan komputer riba dengan ciri-ciri lebih tinggi melalui HP Envy15, yang mana membawakan rekabentuk amat menarik, dan kemas. Ia turut membawakan cip pemprosesan empat-teras, sokongan grafik melalui pemprosesan grafik AMD sehingga 1GB GDDR5 VRAM, masa bertahan bateri sehingga 6.5 jam, dan juga sokongan memori sehingga 16GB DDR3. HP Envy 15 dijangka akan dijual pada harga RM4,999 di pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd