Cari @ Amanz

Sebanyak 16 Projek, Dan Lebih 61 Pembangun Menyertai HackWeekend Kedua

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti mana yang kami pernah laporkan sebelum ini, hari ini dan esok, aktiviti HackWeekend diadakan, memperlihatkan ramai pembangun tempatan berkumpul sama dalam membangunkan pelbagai projek dan aplikasi bebas untuk komuniti dengan topik “Finally, Getting It Done”.


Gambar : HackWeekend

Untuk HackWeekend kali kedua ini, ia memperlihatkan sebanyak 16 projek dibangunkan dalam tempoh kurang 24 jam, dimana lebih 61 orang pembangun menyertainya dalam menjayakan perkara tersebut.

Buat masa ini, beberapa projek yang telah diketahui namanya termasuklah Ice Breaker, Taxi Watch, KL Train, CodeCrafters, EzyPzy, dan banyak lagi. Kami akan cuba membawakan lebih banyak maklumat dan info berkaitan setiap aplikasi dengan lebih lanjut pada petang esok, selepas ia dipersembahkan.

Sementara itu, anda boleh ikuti pelbagai perkembangan semasa terus melalui Twitter dengan menggunakan hashtag #hwkl ataupun menontonnya secara langsung melalui UStream.


Komen ()