DiGi Memperlihatkan Pelan Dan Pakej iPhone 4S – Dibuka Untuk Pra-Tempahan

DiGi Memperlihatkan Pelan Dan Pakej iPhone 4S – Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Diterbitkan pada Dis 11, 2011 oleh .

Nampaknya, dengan ramai membuat pelbagai teka-teki, kini DiGi menjadi yang pertama memperlihatkan pelan dan pakej mereka setelah senyap untuk sekian lama, sekaligus memperlihatkan harga jualan iPhone 4S di Malaysia, dimana pilihan sebanyak 4 pakej berbeza diperlihatkan iaitu iDiGi 88, iDiGi 138 dan juga iDiGi 238.

Melalui pakej yang diperlihatkan, ia turut sama memperlihatkan yang mana iPhone 4S akan dijual di Malaysia pada harga bermula daripada RM2290 untuk model paling rendah, dimana melalui pakej yang ditawarkan oleh DiGi para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM242 melalui pakej iDiGi238 selama 24 bulan.

Mungkinkah selepas ini kita turut sama akan dapat melihat pelan dan pakej daripada pihak Celcom dan Maxis turut dikeluarkan lebih awal?

Terima kasih Farid dan MalaysianWireless.

Oleh: Fairuz Bakar


TIPS & ULASAN