Cari @ Amanz

Dengan pengenalan pakej daripada DiGi data lain yang turut diperlihatkan adalah harga jualan tempatan untuk iPhone 4S yang dinantikan ramai ini. Melaluinya, ia diperlihatkan yang mana iPhone 4S versi 16GB akan dijual pada harga RM2290, versi 32GB pada harga RM2590, dan juga versi 64GB pada harga RM2890.

Sebelum ini, Amanz juga menjadi yang pertama melaporkan iPhone 4S bakal turut ditawarkan melalui Apple Store Malaysia, dimana mereka yang ingin mendapatkannya tanpa sebarang kontrak boleh mendapatkannya melalui iPhone 4S. Namun ia diperkatakan, berkemungkinan waktu penghantaran iPhone 4S akan mengambil sedikit masa untuk tiba ditangan pengguna.

Buat masa ini, Celcom dan juga Maxis masih lagi belum mengeluarkan pakej rasmi mereka kepada umum, seperti mana yang telah dikeluarkan oleh DiGi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd