Cari @ Amanz

Bagi peminat bola, mungkin anda meminati aplikasi Maxis BPL yang mana menawarkan pelbagai informasi semasa berkenaan dengan bola sepak Liga Inggeris, dan kini salah seorang pembangun tempatan memperkenalkan aplikasi Bola Reminder untuk para pengguna Android, menawarkan jadual permainan berdasarkan waktu tempatan, dan pada saluran ASTRO Sport.

Pada masa yang sama, Bola Reminder juga akan sync akan jadual permainan pilihan anda terus ke Google Calendar, sekaligus membolehkan anda menguruskan masa dengan lebih mudah. Selain itu, pengguna juga turut sama boleh menetapkan pasukan pilihan mereka, dan melihat jadual permainan pasukan pilihan mereka dengan lebih mudah, dan terus di sync kepada Google Calendar.

Percubaan kami menggunakan aplikasi ini hanya membolehkan kami menggunakan sebahagian daripada fungsi sahaja, dan gagal melihat fungsi pada tab Live Match, dan menurut pembangun, ia telah diuji pada HTC Sensation, Galaxy S2 dan beberapa peranti lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Bola Reminder terus melalui Android Market, dan mengujinya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd