Cari @ Amanz

Salah satu anugerah berprestij dalam dunia teknologi adalah Video Game Awards, yang mana meraikan pelbagai permainan video yang dilancarkan sepanjang tahun, dimana pelbagai permainan video akan datang turut sama diperlihatkan pada acara sama. Untuk tahun ini, pada VGA 2011, permainan Skyrim yang meningkat popular akhir-akhir ini memenangi anugerah permainan terbaik sepanjang tahun.

Selain daripada itu, Minecraft turut sama memenangi anugerah permainan bebas, Call of Duty Modern Warfare 3 memenangi anugerah permainan tembak-menembak, Mortal Combat untuk anugerah permainan perlawanan terbaik, dan Portal 2 untuk permainan PC terbaik.

Pada anugerah tersebut juga, beberapa video promosi awal untuk permainan akan datang diperlihatkan, termasuk permainan Diablo 3 yang dinantikan ramai, Command & Conquer Generals 2, Rainbow 6 Patriots, dan juga Metal Gear Rising : Revengeance.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd