Lebih 300 Juta Peranti Mudah-Alih Dijual Samsung Sepanjang Tahun Ini

Lebih 300 Juta Peranti Mudah-Alih Dijual Samsung Sepanjang Tahun Ini

Diterbitkan pada Dis 12, 2011 oleh .

Tahun ini merupakan antara tahun bermakna untuk Samsung, dimana sehingga kini, ia dilaporkan Samsung telah menjual lebih daripada 300 juta telefon mudah-alih diseluruh dunia, sekaligus mengatasi rekod tahun-tahun sebelumnya. Angka tersebut telah dicapai pada penghujung November yang lepas, dan semestinya ia akan terus meningkat dalam bulan ini.

Perkara ini, sekaligus menjadikan Samsung sebagai antara penjual peranti mudah-alih yang tinggi, dimana sebelum ini, mereka turut sama telah mengatasi penjualan peranti pintar oleh Apple, dan menjadi penjual peranti pintar nombor satu dunia.

Tahun hadapan semestinya akan menjadi tahun yang lebih menarik, dengan peranti Samsung Galaxy Nexus dan pelbagai lagi tablet dan telefon pintar merkea memasuki pasaran Malaysia dan juga global, serta memberikan saingan hebat kepada pengeluar peranti yang lain.


TIPS & ULASAN