Motorola Berjaya Halang Kemasukan Peranti Apple Ke Jerman

Motorola Berjaya Halang Kemasukan Peranti Apple Ke Jerman

Diterbitkan pada Dis 12, 2011 oleh .

Pihak Motorola Mobility hari ini berjaya mendapatkan injuksi bagi menghentikan kemasukan peranti keluaran Apple di Jerman. Dalam kes terkini Motorola mendakwa Apple bersalah kerana menggunakan teknologi GPRS kepunyaan Motorola tanpa kebenaran. Pihak Apple walaubagaimanapun mengesyorkan pelanggan mereka di Jerman bahawa stok untuk pembelian sempena musim Krismas mencukupi dan tidak akan terganggu. Mereka juga berhasrat menentang injuksi ini sebaik yang mungkin. Perintah injuksi ini dilihat oleh para analisis sebagai satu lagi pertempuran kecil dalam peperangan besar antara Google dan Apple. Ianya dilihat sebagai serangan balas Google terhadap Apple yang berjaya menhalang penjualan tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 yang diperkasakan perisian Android keluaran mereka. Adalah dipercayai pihak Google akan mengaji secara mendalam sama ada terdapat lagi paten yang digunakan oleh Apple tanpa kebenaran dari koleksi 15 000 kepunyaan Motorola Mobility yang dibeli mereka dengan harga USD 12 billion baru-baru ini


TIPS & ULASAN