Pelan Apple iPhone 4S Daripada Maxis Diperlihatkan

Pelan Apple iPhone 4S Daripada Maxis Diperlihatkan

Diterbitkan pada Dis 12, 2011 oleh .

Selepas DiGi memperlihatkan pakej mereka kepada umum, kini MalaysianWireless berjaya mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelan daripada Maxis, yang mana memperlihatkan perbezaan drastik berbanding pelan daripada pihak DiGi, selain mana harga jualan di Malaysia juga dilihat jauh berbeza dengan apa yang diperlihatkan oleh DiGI.


Kredit : Malaysian Wireless.


Kredit : Malaysian Wireless.

Melalui apa yang diperlihatkan oleh Maxis, iPhone 4S 16GB berharga RM2190 di Malaysia, berbeza dengan apa yang diperlihatkan oleh DiGi sebelum ini. Dan melalui Maxis, para pengguna boleh mendapatkan iPhone 4S secara percuma melalui pakej iValue 4 dengan komitmen bulanan sebanyak RM375 selama 24 bulan.

Pada masa yang sama, Maxis turut sama menyediakan pakej khas dinamakan sebagai i3GS, berkemungkinan khas untuk iPhone 3GS. Namun harga yang ditawarkan untuknya masih tidak diketahui lagi.

Oleh: Fairuz Bakar


TIPS & ULASAN