ShoutMix Menghentikan Perkhidmatan Percuma Bermula Januari 2012

ShoutMix Menghentikan Perkhidmatan Percuma Bermula Januari 2012

Diterbitkan pada Dis 12, 2011 oleh .

Salah satu perkhidmatan kotak sembang yang popular adalah ShoutMix, yang mana sehingga kini menawarkan perkhidmatan percuma dan berbayar, selain baru-baru ini telah mengemaskini perkhidmatan mereka kepada versi 3, membawakan pelbagai perubahan. Namun, amat mendukacitakan, disebabkan sebab yang tidak dapat dielakkan, mereka akan menghentikan perkhidmatan percuma tidak lama lagi.

Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak dapat menjana pendapatan melalui perkhidmatan percuma mereka. Walaubagaimanapun, perkhidmatan berbayar yang akan diperkenalkan adalah berpatutan, dimana mereka akan memperkenalkan pakej khas, semurah $0.99 sebulan.

Bagi mereka yang sedia menggunakan perkhidmatan percuma ShoutMix buat masa ini, ia dijangka akan dihentikan bermula 1 Januari 2012 kelak.


TIPS & ULASAN