Cari @ Amanz

Apple hari ini secara rasminya telah pun mengeluarkan kenyataan mengumumkan dimana sehingga ke hari ini, lebih 100 juta aplikasi telah dimuat-turun melalui Mac App Store, yang mana dilancarkan kurang daripada setahun. Sebelum ini, Mac App Store telah dilancarkan kepada umum pada awal Januari yang lepas.

Walaubagaimanapun, tiada angka rasmi berkaitan dengan berapakah bilangan aplikasi yang terdapat pada Mac App Store, dimana Apple, secara menyeluruh, mengatakan bilangan aplikasi yang terdapat pada App Store mereka berjumlah lebih daripada 500,000 aplikasi, dimana lebih 1 billion aplikasi dimuat-turun pengguna setiap bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd