Google Memperkenalkan YouTube Versi Pendidikan

Google Memperkenalkan YouTube Versi Pendidikan

Diterbitkan pada Dis 12, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, YouTube merupakan platform dengan kandungan video terbesar di dunia, dan meningkat dari hari ke hari. Dan dalam terus menjadikan platform tersebut berguna kepada komuniti, kini Google memperkenalkan YouTube EDU, ditujukan khas untuk pembelajaran dan penggunaan di sekolah dan universiti.

Melaluinya, ia memfokuskan khas untuk kandungan video berbentuk pendidikan, sekaligus membolehkan sekolah atau universiti mengaktifkan YouTube EDU, dan hanya memperlihatkan video berkaitan pendidikan sahaja, dan bukannya YouTube yang biasa.

Untuk menjayakan perkara ini, Google turut sama bekerjasama bersama-sama dengan lebih 600 rakan kerjasama, dan bagi sekolah atau universiti yang ingin menggunakannya, mereka perlu mendaftar untuk akaun Google Apps versi pendidikan, dan boleh mengaktifkan YouTube EDU.


TIPS & ULASAN