WordPress 3.3 Membawakan Pelbagai Perubahan Dan Sokongan Baru

WordPress 3.3 Membawakan Pelbagai Perubahan Dan Sokongan Baru

Diterbitkan pada Dis 13, 2011 oleh .

Akhirnya, hari ini, pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan kemaskini terkini kepada aplikasi mereka, dimana WordPress 3.3 “Sonny” dilancarkan, membawakan pelbagai perkara baru kepada platform blog terkemuka dunia tersebut, termasuk dari segi pembaharuan pada antaramuka dashboard, sehingga pelbagai fungsi tambahan padanya.

Melalui WordPress 3.3, antaramuka dan rekabentuk bahagian dashboard diberikan sedikit sentuhan. Salah satu fungsi yang dinantikan oleh para penggunanya, iaitu sokongan drag-dan-lepas untuk memuat-naik gambar diperkenalkan, membolehkan para pengguna memuat-naik media mereka dengan lebih pantas.

Selain daripada itu, sokongan mengimport artikel daripada Tumblr turut disertakan, memudahkan mereka yang menggunakan Tumblr berpindah ke WordPress. WordPress 3.3 kini lebih mesra tablet dan peranti dengan sokongan sentuhan untuk bahagian dashboad padanya.

Berkongsi berkenaan dengan statistik, pihak WordPress mengatakan terdapat lebih 65 juta muat-turun WordPress 3.0 sejak ia dilepaskan sehingga ke hari ini. Bagi mereka yang menggunakan WordPress, anda boleh mengemaskini kepada WordPress versi terkini secara automatik melalui butang kemaskini pada bahagian Dashboard, ataupun memuat-turun dan kemaskini pemasangan anda secara manual melalui FTP dan sebagainya.


TIPS & ULASAN