Cari @ Amanz

Salah satu peranti akan datang daripada Sony Ericsson yang mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini adalah Sone Ericsson Xperia Arc HD, dan menariknya, kini beberapa gambar awal peranti tersebut mula kelihatan, sekaligus turut memperlihatkan spesifikasi yang bakal dibawakan olehnya kelak.

Peranti yang turut dikenali dengan nama Xperia Nozomi ini diperkata akan membawakan skrin seluas 4.3-inci dengan resolusi 1280×720, kamera 12-megapixel, dan juga cip pemprosesan 1.5GHz bersama-sama dengannya. Ia turut sama akan membawakan port khas untuk HDMI, serta memori sebanyak 1GB RAM, serta menggunakan Android 2.3.5 padanya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui, tetapi dilaporkan akan diperkenalkan pada CES pada bulan Januari kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd