Facebook Menguji Sokongan Messages Pada Facebook Pages

Facebook Menguji Sokongan Messages Pada Facebook Pages

Diterbitkan pada Dis 13, 2011 oleh .

Jikalau sehingga kini, Facebook hanya membenarkan komunikasi melalui komen sahaja antara pengguna dan pemilik sesuatu Facebook Pages, kini Facebook terus menambah fungsi baru pada laman sosial mereka itu, dimana salah satu fungsi baru sedang diuji, dinamakan sebagai Private Messages for Pages, membolehkan komunikasi antara Pages dan pengguna secara tertutup melalui sokongan Messages.

Ia sekaligus membolehkan para pengguna menghantar mesej peribadi, atau sebarang pertanyaan yang tidak ingin ditanya secara terbuka kepada jenama atau sesebuah organisasi itu dengan mudah, sekaligus membolehkan pengguna melupakan fungsi emel yang selalu digunakan untuknya.

Walaubagaimanapun, mungkin ada pemilik yang tidak ingin aktifkan fungsi ini, dan mereka boleh melakukan demikian dengan mudah. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dan pemilik Facebook Pages.


TIPS & ULASAN