Pandang Pertama Samsung Chronos Siri 7

Pandang Pertama Samsung Chronos Siri 7

Diterbitkan pada Dis 13, 2011 oleh .

Pasaran komputer riba sejak akhir-akhir ini dimonopoli oleh komputer riba dari kelas Ultrabook. Sejak lapan minggu kebelakangan ini terdapat Ultrabook dari Acer, Asus dan Lenovo memasuki pasaran tempatan. Jadi agak aneh apabila Samsung mengeluarkan sebuah komputer riba yang bukan dari keluarga Ultrabook hari ini. Samsung Series 7 Chronos  ialah sebuah komputer riba yang mereka klasifikasikan sebagai komputer riba premium.

Spesifikasi Chronos menampakkan ianya cuba bersaing dengan MacBook Pro. Dengan harga saranan RM3599, ianya menawarkan konfigurasi perkakasan pada harga yang lebih rendah. Dari pandangan awal kami sebentar tadi dapat dilihat beberapa elemen rekaan pada Chronos yang menyerupai MacBook Pro.

Papan kekunci Chronos bercahaya apabila digunakan. Dari segi saiz juga ianya menyerupai sebuah MBP. Yang tiada cuma logo buah epal bernyala dan kemasan yang lebih berkualiti. Walaupun kemasan pada Chronos adalah lebih baik dari komputer riba Windows yang ada sekarang, ianya masih belum dapat menandingi apa yang mampu dilakukan oleh Apple. Apa yang mampu dilakukan mereka ialah penggunaan teknologi Quick Boot  bagi memberikan masa boot up Chronos sepantas 19 saat.

Terdapat juga teknologi instant-on dimana Chronos dapat dihidupkan semula dari mod hibernasi sepantas 2 saat. Maka dengan sebab itulah komputer riba ini diberi nama Chronos, atau bermaksud masa dalam bahasa Yunani. Spesifikasi sederhana tingginya pula memastikan anda boleh melakukan tugasan dengan selesa menggunakan Chronos tanpa perlu pening kepala.

Buat masa sekarang hanya versi Intel Core i5 dengan paparan skrin seluas 14″ akan dijual dipasaran tetapi pihak Samsung mengesahkan versi Intel Core i7 dengan paparan skrin seluas 15″ akan memasuki pasaran tempatan seawal bulan hadapan.

PRO – Kelebihan Chronos Siri 7

  1. Spesifikasi sederhana tinggi membenarkan anda melakukan apa jua kerja dengan mudah dan tangkas.
  2. Kemasan brushed aluminium yang menarik.
  3. Papan kekunci yang selesa digunakan dan didatangi dengan pencahayaan dari belakang. Memudahkan menaip didalam gelap
  4. Bateri 8 sel dengan hayat penggunaan maksimum selama 8 jam.
  5. Kemampuan instant-on sepantas 2 saat selepas diletakkan didalam mod hibernasi

Kontra – Kekurangan Chronos Siri 7

  1. Pada harga RM3599, ianya jatuh didalam kategori komputer riba tidak mampu milik
  2. Tiada output VGA. Dongle HDMI mini ke VGA diperlukan jika anda mahu menggunakan sambungan VGA


TIPS & ULASAN