Pelik tetapi benar. Apple hari ini menjadi mangsa saman 10 Billion Yuan (USD 1.5 Billion) kerana kesalahan menggunakan nama dagang iPad pada tablet keluaran mereka di China. Tanda dagang iPad sebenarnya dimilik syarikat Proview Technology yang berpengkalan di Shenzen China.
Menurut laporan Reuters, Proview sudahpun memiliki dan menggunakan tanda dagang iPad pada produk-produk mereka semenjak tahun 2000. Walaupun Apple mempunyai hak menggunakan nama iPad diseluruh dunia, mereka tiada hak menggunakannnya di China kerana tidak pernah membeli hak tanda dagang perkataan ini daripada Proview.
Yang membuatkan berita ini bertambah ironik ialah Apple yang membuka kes saman terhadap Proview terlebih dahulu kerana mereka menyangka Proview yang bersalah. Apabila pihak mahkamah melakukan kajian mereka mendapati Apple yang sebenarnya melakukan kesalahan penyalah gunaan hak intelek Proview. Setakat ini pihak Apple masih belum mahu mengeluarkan kenyataan berkenaan kes ini. Apa yang pasti kes ini akan menambah jumlah kes saman menyaman membabitkan Apple. Baru semalam Motorola berjaya menyekat kemasukan produk Apple ke Jerman kerana kesalahan menggunakan teknologi GPRS mereka tanpa kebenaran.