WowLoud Dilancarkan Kepada Umum – Aplikasi Android Diperkenalkan

WowLoud Dilancarkan Kepada Umum – Aplikasi Android Diperkenalkan

Diterbitkan pada Dis 13, 2011 oleh .

WowLoud AndroidSetelah melancarkan perkhidmatan percuma mereka dalam bentuk beta tertutup sebelum ini, bersama-sama dengan perkhidmatan berbayar, kini WowLoud, penyedia muzik-awan di Malaysia telah pun secara rasminya mengumumkan mengenai perkhidmatan berbayar baru mereka, iaitu WowLoud Premium+, membolehkan para pengguna mengakses perkhidmatan tersebut melalui peranti Android mereka.

Melaluinya, para pengguna boleh mengakses kepada pelbagai koleksi lagu terus melalui peranti mudah-alih mereka, dan menikmatinya dengan mudah dimana sahaja berada, tanpa hanya perlu bergantung kepada komputer.

Pada masa yang sama, pihak WowLoud turut mengatakan versi iPhone bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Bersama-sama dengan pelancaran WowLoud Premium+ ini juga, pihak WowLoud telah membuka perkhidmatan muzik-awan mereka kepada umum, membolehkan semua mendaftarkan akaun tanpa memerlukan jemputan, samada untuk perkhidmatan percuma mahupun yang berbayar.


TIPS & ULASAN