Pembangunan Bolt Browser Dihentikan Disebabkan Faktor Kewangan Dan Ekonomi

Pembangunan Bolt Browser Dihentikan Disebabkan Faktor Kewangan Dan Ekonomi

Diterbitkan pada Dis 13, 2011 oleh .

Salah satu pelayar web mudah-alih yang boleh diperkatakan popular adalah Bolt Browser. Namun amat mendukacitakan, apabila hari ini, pihak pembangunnya telah mengemaskini laman mereka, sekaligus mengumumkan penghentian perkhidmatan mereka, disebabkan faktor kewangan, dan kekangan ekonomi semasa.

Ia masih tidak diketahui samada adakah ianya akan diperkenalkan dalam bentuk berbayar ataupun tidak. Bagi yang tidak ketahui, Bolt Browser merupakan salah satu pelayar web alternatif pada BlackBerry yang popular, selain baru-baru ini turut memperkenalkannya pada Android.

Mungkin sementara itu, bagi mereka yang inginkan pelayar web alternatif, boleh menguji aplikasi seperti Opera Mini, Opera Mobile, mahupun Dolphin dan sebagainya.


TIPS & ULASAN