Microsoft Melancarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows Phone Dan iPhone

Microsoft Melancarkan Aplikasi SkyDrive Untuk Windows Phone Dan iPhone

Diterbitkan pada Dis 14, 2011 oleh .

Perkhidmatan SkyDrive diberikan perhatian yang serius oleh pihak Microsoft akhir-akhir ini, dimana kini mereka secara rasminya telah pun memperkenalkan aplikasi pesaing Dropbox itu kepada para pengguna Windows Phone dan juga iPhone, sekaligus membolehkan mereka mengakses storan-awan mereka melalui peranti mudah-alih dimana sahaja mereka berada.

Melalui aplikasi tersebut, para pengguna Windows Phone dan juga iPhone boleh melihat fail-fail pada SkyDrive, berkongsi pautan fail bersama rakan yang lain, memadam dan sebagainya, selain turut membolehkan fail seperti gambar dimuat-naik terus ke SkyDrive dengan pantas.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun SkyDrive hari ini, untuk Windows Phone ataupun iPhone anda, dan mula menggunakan perkhidmatan awan yang ditawarkan secara percuma oleh Microsoft ini.


TIPS & ULASAN